Tuesday 10 June 2014

Banda Maharani...




Muar atau Bandar Maharani biasanya orang akan kaitkan dengan Mee Bandung Muar dan asam pedas terutamanya asam pedas ikan sembilang.Sampai saya pergi ke Kuala Lumpur pun ada kedai yang tulis mee bandung muar..bila rasa dan makan betul ke ni resepi dari muar.Taukeh kedai tersenyum macam kerang busuk.

       Apa yang saya nak kongsikan hari ini adalah dari sudut lain.Saya nak ketengahkan Muar sebagai tempat pencinta alam yang indah.Muar adalah lokasi menarik untuk mereka yang suka melihat mentari terbenam.Banyak tempat di sekitar bandar muar boleh kita lihat fenomena ini.Antara yang menjadi tumpuan adalah Tanjung Ketapang,Marina Muar dan Masjid ke dua Tanjung Agas Ledang.Gambar gambar di atas saya ambil di Marina Muar.Marina Muar asalnya dibina untuk tempat persinggahan pelayar bot bot mewah.Tetapi malangnya akibat dari sungai Muar yang airnya tidak pernah jernih maka tiada bot pelayaran yang sudi singgah.Maka jadilah dia satu projek gajah putih yang tersegam indah di muara Muar.

    Sekarang ini Marina Muar terpaksa dijadikan restoran dengan sewaannya yang tak seberapa dari mengelakkan ianya terus jadi permata tanpa kilauan.Manakala jetinya pula dijadikan tempat memancing dengan bayaran RM5 sekali masuk.Apa pun tempat itu tetap menarik untuk peminat fotografi bagi merakamkan fenomena mentari jatuh.



Sunday 8 June 2014

Cendawan Gunung Ledang..







Taman Lengenda Gunung Ledang adalah sebuah Taman Negara yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor.Ianya terletak dikaki Gunung Ledang.Jalan utamanya belok ke kiri selepas sahaja pekan Kecil Sagil Ledang.Jarak dari Jalan besar lebih kurang 1.5 KM.Disini ada disediakan chalek yang berpatutan harganya dan ada yang berharga serendah RM60 semalam.Disini banyak flora dan fauna yang boleh kita terokai.Foto foto cendawan yang saya ambil cuma di kaki gunung sahaja berhampiran air terjun kecil di Taman Lengenda Negara Ledang.

Saturday 7 June 2014

Perut lembu Goreng Belacan


Resepi:
            1. 60gm perut lembu rebus sampai empuk.
            2.  4 biji lada hijau
            3. 6 batang kacang panjang
            4.  bahan tumis: 5 ulas bawang putih,2 ulas sederhana bawang besar,halia 2 inci.
             5. 1 inci belancan
            6. Garam, serbuk lada hitam secukup rasa.

cara buat mudah je....
         Tumis bawang,masukkan kacang panjang dan cili hujau yang telah diracik.Dan agak masak masukkan perut lembu,air belacan dan goreng hingga masak.

Selamat mencuba.

Friday 6 June 2014

Berhijrah ke Semporna


Selamat Tinggal Muar.

Salam.Setelah aku semak permohonan pertukaran aku ke Sabah.Terpaparlah satu ayat Tahniah pemohonan anda telah diluluskan dan ditempatkan di Sk..............Pulau Bum Bum Semporna Sabah.Perasaan bercampur bauh,suka duka semua terasa.Aku perlu meninggalkan Muar setelah 18 tahun aku menetap di sini.Banyak suka duka aku lalui disini.Susah senang ,duka lara aku lalui semuanya.Namun aku bertekat untuk terus berhijrah ke Semporna Sabah bagi memulakan hidup baru.Bermula saat ini aku tidak putus putus cuba mendapatkan beberapa maklumat tentang sekolah yang bakal aku mengajar nanti.Aku dah mula nampak cabaran yang bakal aku lalui,setiap hari aku bakal ke sekolah dengan menaiki bot kemudian terpaksa naik van sapu untuk ke sekolah.Itu semua tidak tidak mematahkan semangat ku untuk berhijrah.
Tugas pertamaku adalah mencari rumah sewa di Semporna.Terima kasih kepada Cikgu Nik Azam kerana memberikan no hp Abang Hassan orang Kuala Krai yang menetap di Semporna.Dengan hati terbuka Abang Hassan sanggup menolong aku mencari rumah sewa.Syukur dia telah dapatkan sebuah rumah cikgu yang akan berpindah ke Trengganu.Sewa rumah RM700.00.Terima kasih Abg Hassan yang sudi membantu.

   Dalam penerokaan tentang Semporna aku ditemukan puka dengan cikgu Khairiyah yang juga menetap di Semporna.Dia banyak sekali memberikan aku maklumat tentang semporna.Syukur alahamdulillah setakat ini penhijrahan aku sekeluarga nampaknya berjalan lancar.harap harap semuanya selamat dalam pertolongan Allah juga dalam perjuangan aku mengubah diri dan berjihad ilmu untuk anak bangsaku.