Tuesday 12 August 2014

Lubuk Sembilan di Semporna...

10 Ogos 2014 Abe Mat otai pancing Semporna bawa aku ke Lubuk Sembilang di Pegagau.Mengikut ceritanya dia pernah dapat satu guni ikan sembilang kat situ.Ternganga mulut aku mendengarnya.Antara percaya dengan tidak sama banyak..biar betul Abe Mat ni..aku kat Muar dulu pergi memancing seminggu pun belum dapat seekor ikan sembilang.Dia kata dia dah hampir 2 tahun tak pergi ke muara sungai itu.apa pun aku cubalah...
Kami bertolak dari rumah di Taman Sempaul jam 10 pagi..aku berbekalkan udang murah cuma RM5 selonggok je..mana kala Abe Mat guna udang pengatin RM20 sekilo.Dia bawa setengah kilo.Tepat jam 11.00 pagi pancing pertama kami labuhkan.Tak sampai 30 saat ikan sembilang pertama telah Abe Mat naikkan.Saiznya kira oklah sedang sedang sedap masak asam pedas.Lepas tu satu demi satu Abe Mat naikan , aku cuma jadi penonton je..dah lima kosong tak berbalas ni.Selepas Abe Mat naikkan ikan yang keenam aku baru naik ikan sembilang pertamaku.Selepas itu sembilang Pegagau mengila habis habisan.Belum sempat udang sampai ke tanah pancing kami telah diragutnya.Dalam masa 3 jam kami dah naikkan 35 ekor sembilang yang saiz sederhana yang kecil kecil kami tak kira sebab kami lepaskan kembali kesungai dengan pesanan bila dah besar nanti kami ambil ya.Bila pukul 2 kami dah kehausan rupa rupa bila terlalu bersemangat ingin menduga lubuk sembilang kami terlupa bawa air.Nak minta air kosong dari rumah bajau laut kat situ kami malu.Bila tenguk ikan kami dah hampir setengah rajut..kami mengambil keputusan untuk pulang.Dalam hati lalu berkata betulah kata AbeMat  yang dia pernah dapat seguni ikan sembilang kat situ.
Ikan terbesar yang aku dapat dalam satu kilo kut..


Hampir separuh tong polistrim


hasil tangkapan 4 jam


Ikan sembilang bersaiz xl dan xxl



Lubuk sembilang

 Jeti Bajau Laut (Palaut)



Pemandangan yang indah



Balik terus siang untuk mengelakkan ikan sembilan berbau..

Sunday 3 August 2014

Lubuk Siakap merah Semporna

Syukur aku kepada Allah kehadiran ku ke Semporna Allah temukan hambaNya ini dengan Abe Mat kaki pancing tegar Semporna..dia dah 18 tahun menetap di Semporna ini.Biarpun pekenalan singkat kami kerana minat yang sama maka kami jadi sahabat rapat lagi ketat.
  Hari pertama dia bawa aku mejelajah Sungai Tagasan kami tidak bernasib baik.Satu jala aku rabak kerana nak dapatkan umpan belanak hidup.Pada hari Sabtu  2 Ogos 2014 Abe Mat bawa aku ke satu lubuk Siakap Merah di suatu kuala sungai.Hari ini aku dan cik isteriku cuma dapat cuci mata sahaja melihat seekor demi seekor Abe Mat naikkan siakap merah satu persatu.Bukan ikan tak makan pancing aku dan wawa tetapi asik terlepas sahaja.Dalam hati kata tak apa sahabatlah duhai hati pasti nanti akan ada giliran mu pula. Hari ini sahaja Abe Mat naikan seekor kerapu dan 6 ekor siakap merah...kami cuma mata je merah tak dapat apa apa.Sebelum balik aku terus cadangkan kepada Abe Mat jum esok kita datang lagi.Dia dengan selamber kata..Abe Mat ok je...dalam hati aku syukur esok insyaallah pasti ada rezeki aku pula.Allah maha pemurah pasti Allah akan berikan rezeki kepada hambanya yang berusaha dan bersabar.

Abe Mat Dengan siakap merahnya..






Tempat yang menarik dan ikan pula banyak..tapi ikan belum kena mata pacing aku dan wawa kut.Jadi penontot kehormatnya hari ini.

Hasil Pancingan Abe Mat....Tapi Abe Mat cuma ambil 2 ekor je yang lain semua bagi kat aku.
Esok aku akan masak Asam Pedas Muar guna ikan siakap merah ni.nanti aku hantarlah ke rumah Abe Mat sekali.Orang memberi kita merasa..tuan yang beri pun kena rasa sama.

3 ogos 2014.Seperti yang dijanjikan aku dengan Abe Mat dengan penuh semangat pergii ke lubuk semalam.Harap hari harapan tak tinggal harapan.Pukul 2.00 kami mula labuhkan pacing kami...nampaknya ikan makan pancing aku dulu hari ini..tapi tak sangkut melepas lagi.Pukul 5 petang ikan merah baru menyerang dan tiga ekor Abe Mat naikkan ikan aku masih kosong lagi.Tak boleh jadi aku kena buat sesuatu..aku pun pindah tempat duduk gigir air.Syukur aku mula naikkan ikan satu demi satu.
Abe Mat taget dapat 20 ekor hari ini...tapi bukan rezeki kami kut..kami cuma mampu naikan 12 ekor ikan mereh dan 2 ekor ikan kerapu..Aku masih belum mampu kalahkan Abe Mat dia dapat 8 ekor aku dapat 6.tapi Syukur aku dapat juga menjinakkan Si Siakap merah dan sekor kerapu bara bersais s.

Siakap merah..sukanya aku ikan pertama yang aku naikkan hari ini.

Hasil pancingan hari ini bersama Abe Mat







Friday 1 August 2014

Bukit Tongkorak Semporna












Tanggal 31 Julai 2014 setelah sebulan berada di Semporna baru kesempatan memanjat Bukit Tongkorak.Bukit Tongkorak berketinggian 500 kaki tinggi dari aras laut.Bukit Tongkorak adalah tempat bersejarah.Bukit Tongkorak adalah tempat tampak ekologi manusia bersejarah bagi manusia purba.Dari puncak Bukit Tongkorak kita dapat melihat keseluruhan Pekan Semporna serta Pulau Bum Bum, Pulau Tiga dan Pulau Manapili dari kejauhan.Permandangan indah dan angin sepoi sepoi mendamaikan hati sesiapa sahaja yang berada dipuncak sana.Bukit Tongkorak adalah bukit yang terhasil hasil dari letusan gunung berapi di zaman pra sejarah.Masih kelihatan batu batu gunung berapi yang menjadi laskap utama di puncak Bukit Tongkorak.Dipuncak bukit ini tidak banyak pokok besar yang tumbuh ini mungkin kesan daripada Gunung berapi.Dari puncak ini sangat indah dengan lalang memenuhi lanskap puncaknya.

Ketinggian Bukit Tongkorak 500kaki dari aras laut dengan anak anak tangganya amat sesuai bagi mereka yang ini kurangkan berat badan dan menambah stamina tubuh dengan ulang alik mendaki bukit ini.Bagi mereka yang bercinta bukti ini dijadikan tempat melepaskan rindu...tapi sayang keindahan Bukit ini disalah guna bagi sesetengah mereka yang hidup berlandaskan nafsu.