Sunday, 17 January 2016

Memukat ikan mengilap..

Masa saya buat catatan ini saya ditengah laut.misi kami hari 17.1.2016 adalah memburu ikan mengilap..mengilap sebab ikan ni hitam berkilat...Ikan ini biasanya bergerak dalam kawanan yang besar.hari ini kami sudah berjaya mengepong sekawan mengilap dlm 30 ekor.
   Untuk mengesan ini bergantung kepada kepakaran juragam bot dan rezeki...kalau terjumpa kawanan yg besar besarlah rezekinya.. Kalau tidak pulanglah dengan tangan kosong.Memukat mengilap biasanya bila air pasang kecil...arus serta ombak kurang kuat.biasanya kami memukat di kedalaman 8 hingga 5 kaki sahaja.

Sunday, 10 January 2016

Baru ku tahu langit tinggi rendah. .

Hari ini aku memukat lagi.Satu pengajaran berguna padaku hari ini begitu peritnya kehidupan nelayan kecil bagaikan kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Rezeki yang datang tidak menentu.Hari ini seharian aku berpanas ikannya cuma dapat sedikit sahaja...bila dibahagi sama rata dengan tiga rakanku dapatlah dua kali lauk bagi aku keluarga kecil.Bagi keluarga rakanku mereka cukup sekali makan sahaja.
    Aku hampir menangis dan kepenatan bila pukatku panjangnya hampir 200 meter cuma dapat 2 ekor ikan sahaja sekali pukat. Penat panas ...matahari terpacak atas kepala...aduh tuhan sahaja yang tahu.  Aku bangga dengan dua rakanku penduduk tempatan... Selamber je.  "Sabarlah cikgu dah rezeki kita banyak tu...syukurlah juga ada yang mengena". Aku terus kesat air mataku...aku tidak setabah mereka rupanya...
     Bersyukur aku jadi seorang guru...biarpun jauh di penjuru pulau...aku masih ada gaji bulan untuk beli beras..ikan jarang beli sebab selalu ikut orang kampung ke laut..

" pengajaran untukku..BERSYUKURLah"

Saturday, 9 January 2016

Memukat belawis..

Ambo nak kongsi pengalaman ambo memukat ikan belawis .Ikan belawis lebih kurang ikan kitam,dia hidup dikawasan berpasir dan makanan utamanya adalah rumpai laut dan lumpur berpasir.Ikan belawis banyak terdapat diperairan Semporna. Untuk mendapatkan ikan ini penduduk tempatan Semporna biasanya menggunakan pukat.Segelintir pula mengambil jalan mudah dengan menggunakan bom.Teknik bom biasanya digunakan oleh mereka untuk menangkap belawis yang bertelur.
     Ambo selalu guna pukat..memukatnya mudah..dikawasan air cetek paras pinggang ke bawah..kadang kadang ambol memukat dikawasan air paras buku lali je.
   Biasanya selepas pukat direntang..kami akan menghalau kawanan belawis mengunakan suak(galah kayu) untuk memukul dan menumbok batu karang dan pasir untuk menakutkan ikan belawis.
   Ikan belawis ni amat popular di kalangan Masyarat bajau  Biasanya mereka jadikan lauk untuk nasi kuning Lain kali ambol cerita tentang nasi kuning pula.

Friday, 8 January 2016

Kamoon @ Udang Pasir

Kamoon dalam bahasa bajau atau pun udang pasir adalah sepesis udang yang tinggal didalam lubang pasir.Masyarat bajau di semporna menangkap udang ini dengan mengunakan jerat.Jeratnya seperti jerat bingkas yang kita gunakan untuk tangkap burung atau ayam.Menangkap kamoon agak mencabar kerana kamoon mempunyai sepasang kaki yang amat tajam...ianya boleh mencederakan musuhnya dengan teruk jika tersalah langkah. Harga pemborong kamoon bergantung kepada saiz kamu tersebut.jika saiznya melebih 500gram harganya boleh mencecah hingga Rm100 sekilo..harga dipasaran saya tak tahu berapa..
Kamu sedap dibuat sop,stim,masak blakpepel.Ada juga rakan fb saya bagi tahu kamoon boleh digunakan untuk menghilangkan kepenatan.caranya direbus ,diblender kemudian ditapis ...airnya diminum untuk menambahkan tenaga dan mengurangkan kelesuan.