Ambo nak kongsi pengalaman ambo memukat ikan belawis .Ikan belawis lebih kurang ikan kitam,dia hidup dikawasan berpasir dan makanan utamanya adalah rumpai laut dan lumpur berpasir.Ikan belawis banyak terdapat diperairan Semporna. Untuk mendapatkan ikan ini penduduk tempatan Semporna biasanya menggunakan pukat.Segelintir pula mengambil jalan mudah dengan menggunakan bom.Teknik bom biasanya digunakan oleh mereka untuk menangkap belawis yang bertelur.
Ambo selalu guna pukat..memukatnya mudah..dikawasan air cetek paras pinggang ke bawah..kadang kadang ambol memukat dikawasan air paras buku lali je.
Biasanya selepas pukat direntang..kami akan menghalau kawanan belawis mengunakan suak(galah kayu) untuk memukul dan menumbok batu karang dan pasir untuk menakutkan ikan belawis.
Ikan belawis ni amat popular di kalangan Masyarat bajau Biasanya mereka jadikan lauk untuk nasi kuning Lain kali ambol cerita tentang nasi kuning pula.
Showing posts with label Pulau Bum Bum. Show all posts
Showing posts with label Pulau Bum Bum. Show all posts
Saturday, 9 January 2016
Memukat belawis..
Sunday, 3 January 2016
Pulau bum bum
Pulau Bum Bum berhadapan dengan pekan Semporna. Pulau yang terbentuk dari batu karang terbesar di Sabah.Banyak tempat tempat yang menarik diatas pulau ini yang belum di terokai...pantai pantai yang indah,rumah air yang didiami kaum bajau,makanan laut yg senang didapati.Malangnya di pulau ini tiada satu pun inap desa dijalankan dipulau ini.
Saturday, 19 July 2014
Sk Tongkalloh aku datang..
Diam tak diam dah tiga minggu aku menjadi warga Semporna.Hari pertama aku melaporkan diri aku sesat hingga ke jeti Bamlibang,nasib baiklah abg Van sapu tu cas aku cuma RM20.00 sahaja.Sampai ke sekolah aku paling awal.Aku disambut mesra oleh Pak Gat dan anak muridku.Mereka tertanya tanya siapa yang pagi pagi telah terpacak dihadapan sekolah mereka. Ada yang tersipu malu dan ada juga yang meyampah mesra dalam bahasa Banjau yang lansung aku tak faham.
Sedar tak sedar sudah tiga minggu juga aku berulang alik ke sekolah dengan menaiki bot kecil yang diperbuat daripada papan lapis.Mula mula naik memang kecut perut dah masuk 3 minggu ni dah jadi biasa bagiku.Boleh katakan siap hari bajuku basah terkena simbahan air laut.Kebetulan musim bulan tujuh ini musim ombak terpaksalah meredah ombak dengan bot kecil itu.
Memang banyak cabaran untuk terus mengajar disini.Tambahan sekarang ini musim penculikkan banyak berlaku di laut pantai timur Sabah.Kami guru guru sentiasa diingatkan supaya menjaga keselamatan diri.Ketakutan memang ada dibenak kami masing masing namun demi tugas kepada anak bangsa yang sentiasa dahagakan ilmu kami teruskan jua perjuangan kami di Sk Tongkalloh.Biar perit biar susah demi jihat ilmu perjuangan perlu diteruskan.
Subscribe to:
Posts (Atom)