Friday 6 June 2014

Berhijrah ke Semporna


Selamat Tinggal Muar.

Salam.Setelah aku semak permohonan pertukaran aku ke Sabah.Terpaparlah satu ayat Tahniah pemohonan anda telah diluluskan dan ditempatkan di Sk..............Pulau Bum Bum Semporna Sabah.Perasaan bercampur bauh,suka duka semua terasa.Aku perlu meninggalkan Muar setelah 18 tahun aku menetap di sini.Banyak suka duka aku lalui disini.Susah senang ,duka lara aku lalui semuanya.Namun aku bertekat untuk terus berhijrah ke Semporna Sabah bagi memulakan hidup baru.Bermula saat ini aku tidak putus putus cuba mendapatkan beberapa maklumat tentang sekolah yang bakal aku mengajar nanti.Aku dah mula nampak cabaran yang bakal aku lalui,setiap hari aku bakal ke sekolah dengan menaiki bot kemudian terpaksa naik van sapu untuk ke sekolah.Itu semua tidak tidak mematahkan semangat ku untuk berhijrah.
Tugas pertamaku adalah mencari rumah sewa di Semporna.Terima kasih kepada Cikgu Nik Azam kerana memberikan no hp Abang Hassan orang Kuala Krai yang menetap di Semporna.Dengan hati terbuka Abang Hassan sanggup menolong aku mencari rumah sewa.Syukur dia telah dapatkan sebuah rumah cikgu yang akan berpindah ke Trengganu.Sewa rumah RM700.00.Terima kasih Abg Hassan yang sudi membantu.

   Dalam penerokaan tentang Semporna aku ditemukan puka dengan cikgu Khairiyah yang juga menetap di Semporna.Dia banyak sekali memberikan aku maklumat tentang semporna.Syukur alahamdulillah setakat ini penhijrahan aku sekeluarga nampaknya berjalan lancar.harap harap semuanya selamat dalam pertolongan Allah juga dalam perjuangan aku mengubah diri dan berjihad ilmu untuk anak bangsaku.


1 comment:

  1. Assalamualaikum cikgu

    Maaf, sy google rumah sewa semporna & terjumpa blog ni

    Sy akan ditempatkan di KK semporna sbg MO baru disember ini. Skrg HO di kota kinabalu.. Boleh cikgu share kalau2 ada siapa2 yg boleh dipercayai, yg dpt tolong sy carikan tempat menyewa di semporna? Mungkin ada kenalan di sana especially staff KK semporna atau cikgu2 di sana?

    Terima kasih cikgu. Maaf kalau menyusahkan.

    -Rasyidan-

    ReplyDelete