Selamat hari raya buat semua yang membaca blog Diari Perantau dari kami
suami isteri.
Ketupat daun pandan.kali pertama buat.Baunya harum semerbak.
Bau pandan.
Tetamu di pagi raya.
Berselera mereka makan ketupat berlauk rendang daging.
Bila ditanya pernah makan sebelum ini...tak pernah pak..jawap mereka.
Tahun pertama beraya di Semporna.Tahun ini persiapan alakada sahaja.pertama bajet ciput.Baru sebulan pindah ke sini.Kedua takut nak buat makanan banyak banyak sebab takut membazir lagi pun tiada siapa kami kena disini.Adalah dua tiga orang rakan.Cuma kalau datangpun dua tiga orang rakan anakku dayah.
Tahun ini masak ketupat pandan.Beli sarung ketupat yang dah siap diayam guna daun pandan pantai.Bau ketupatnya harum sekali.Tak sia sia beli sarung ketupat tu 50sen satu.Itupun kami cuma buat 20biji sahaja.Tapi puas hati besar gedabak setiap biji.Ingat mulanya nak masak redang payau (rusa) tapi tak kesampaian daging payau yang ditempah tak sampai sampai.Nasib baik beli beli daging lembu kotak dua kilo.Dapatlah masak redang daging je.Oklah tu.
Tahun ini lepas solat raya sempat pergi ziarah 3 buah rumah rakan semenanjung yang tinggal satu taman.Lepas tu balik rumah tunggulah kut kut ada tetamu yang tersesat datang.Dalam lepak lepak kami dikunjungi oleh sekumpulan anak anak kecil.Setelah salam disambut dengan wajah ceria mereka masuki rumah kami.Sambil menunggu makanan dihidangkan sempat juga bertanya khabar pasar mereka.Sudah jauh mereka berjalan dan setakat sampai ke rumah kami baru dua buah rumah yang mereka singgah.Banyak rumah yang tidak sudi menerima kunjungan mereka.Rupa rupanya mereka adalah anak anak gendalangan.Mereka tidak bersekolah kerana mereka tiada dukumen yang sah.
Sungguh berselera mereka makan biarpun cuma ketupat dan rendang serta kuah kacang sahaja.Mereka tak pernah makan sebelum ini rupanya.Syukur padamu yang Allah dalam keadaan kami kesempitan ini kami tetap diberikan rezeki untuk kami sedekah kepadam mereka.Sesungguhnya sungguh besar nikmat rezeki darimu ya Allah.
No comments:
Post a Comment