Saturday 19 July 2014

Sk Tongkalloh aku datang..








Diam tak diam dah tiga minggu aku menjadi warga Semporna.Hari pertama aku melaporkan diri aku sesat hingga ke jeti Bamlibang,nasib baiklah abg Van sapu tu cas aku cuma RM20.00 sahaja.Sampai ke sekolah aku paling awal.Aku disambut mesra oleh Pak Gat dan anak muridku.Mereka tertanya tanya siapa yang pagi pagi telah terpacak dihadapan sekolah mereka. Ada yang tersipu malu dan ada juga yang meyampah mesra dalam bahasa Banjau yang lansung aku tak faham.

Sedar tak sedar sudah tiga minggu juga aku berulang alik ke sekolah dengan menaiki bot kecil yang diperbuat daripada papan lapis.Mula mula naik memang kecut perut dah masuk 3 minggu ni dah jadi biasa bagiku.Boleh katakan siap hari bajuku basah terkena simbahan air laut.Kebetulan musim bulan tujuh ini musim ombak terpaksalah meredah ombak dengan bot kecil itu.

Memang banyak cabaran untuk terus mengajar disini.Tambahan sekarang ini musim penculikkan banyak berlaku di laut pantai timur Sabah.Kami guru guru sentiasa diingatkan supaya menjaga keselamatan diri.Ketakutan memang ada dibenak kami masing masing namun demi tugas kepada anak bangsa yang sentiasa dahagakan ilmu kami teruskan jua perjuangan kami di Sk Tongkalloh.Biar perit biar susah demi jihat ilmu perjuangan perlu diteruskan.

No comments:

Post a Comment