Saturday 26 July 2014

Trip memancing di Selat Sunobulong













Hari ini tanggal 26 Julai 2014 saat sahabat sahabat seperjuangan di semporna balik ke kampung untuk beraya aku ambil kesempatan untuk memancing di Selat Sunobulong.Entah betul atau tidak ejaan tu aku tak tak tahu.Pagi pagi jam 7.00 pagi bersama isteri tercinta wawa..telah tercegak di Jeti Sumsom untuk menanti ketibaan Mat Salleh tekong yang akan membawa kami hari ini.Mat Salleh adalah bapa kepada anak muridku..dia tak minta sewapun cuma minta aku isi minyak bot RM25 je.

Sementara menantikan ketibaan Mat Salleh aku dapat melihat jeti bergitu sibuk hari ini kerana ramai penghuni pulau pulang ke kampung dan ada yang keluar untuk membeli persediaan raya.Terasa sayu rasa hati saat orang bersama keluarga kami bertemankan  batang pancing.Tidak mahu melayan perasaan saya aku sempat mengambil beberapa keping permandangan di Jeti Sunobulong.Tepat jam 7.30 pagi dari jauh kelihat Mat Salleh melambai lambai..terkejut beruk aku lihat dia bawa bot kecil yang boleh muat tiga orang sahaja.Dia seolah olah faham akan perasaan aku dan wawa yang takut nak naik bot kecil itu.Satu kelebihan masyarakat bajau adalah ikatan kekeluargaan mereka terlalu rapat.Mat Salleh terus kerumah saudaranya menukar bot yang dia bawa dengan bot yang lebih besar.lega rasa hati kami.

Bermulalah perjuangan kami.Ombak hari ini mula menganas.1 jam pertama kami tak dapat apa apa hasil.Selepas itu aku dan wawa mula bergilir gilir menaikan ikan kerisi.Tapi Mat Salleh terus kosong.Hari ini tiada ikan besar yang ada anak anak kerisi sahaja.Bila tengahhari ombak semakin menganas aku mula rasa pening.Tiba tiba tali pacingku pula bersimpul dengan tali wawa isteriku...kerana bagi tumpuan kepada tali yang bersimpul aku jadi pening mabuk laut.Akhirnya aku tewas..hahaha apa lagi muntahlah.Tapi aku teruskan juga memancing..seekor demi seekor anak kerisi kami naikkan ini telah dapat mengurangkan pening kepala akibat mabuk.Tepat jam 2.30 petang kami bergerak pulang biarpun aku kecudang kali ini  tidak mematahkan semangat aku untuk terus turun keluat memancing.
Terima kasih pada Mat Salleh biarpun trip ini tidak berjaya tapi aku puas.Dia berjanji akan membawa kami lagi selepas ini.

No comments:

Post a Comment