Apa itu shutter speed dan aperture tu? Apa kaitan shutterspeed dan aperture dengan bidang fotografi?
Bagi jurugambar yang mengambil gambar dengan menggunakan kamera digital (bukan DSLR), shutterspeed dan aperture tidak mendatangkan sebarang masalah kerana ianya telah disetkan secara automatik oleh pemproses (CMOS chip) di dalam kamera digital. Pengguna hanya perlu pilihan setting seperti mod portrait, landscape, night scene, atau panorama scene.
Pelbagai setting untuk kamera digital.
APA ITU SHUTTERSPEED
Dalam bahasa Melayu, shutterspeed bermaksud kelajuan pengatup. Dalam fotografi tradisional, imej akan terhasil apabila filem terdedah (expose) dengan cahaya lalu menghasilkan filem negatif. Semakin lama filem itu didedahkan, semakin banyak cahaya yang akan masuk lalu mengenai filem tersebut.
Apa kaitannya dengan shutterspeed pula? Shutterspeed menentukan berapa lama filem tersebut didedahkan kepada cahaya. Semakin rendah nilai shutterspeed, semakin laju/cepat bukaan pengatup pada lensa kamera, maka filem tersebut akan menerima sedikit cahaya. Semakin besar nilai shutterspeed, semakin lambat/perlahan bukaan pengatup pada kamera, maka filem tersebut akan menerima banyak cahaya.
Contoh bacaan shutterspeed:
- 1/1000s
- 1/500s
- 1/250s
- 1/125s
- 1/60s
- 1/30s
- 1/15s
- 1/8s
- 1/4s
- 1/2s
- 1s
Unit s merujuk kepada saat (second). Jadi 1/60s bermaksud kelajuan bukaan adalah selama satu per enampuluh saat. Dengan kata lain, pengatup itu dapat membuat bukaan 60 kali dalam satu saat. Laju kan? Cuba bayangkan kalau 1/1000s pula.
* Nilai shutterspeed paling tinggi untuk kamera digital adalah 1/16000s – lebih cepat daripada mata berkelip.
APLIKASI SHUTTERSPEED DALAM FOTOGRAFI
Jika filem tidak dapat menerima cahaya yang secukupnya, ia akan menghasilkan imej yang gelap. Keadaan ini dinamakan sebagai underexposed. Jika filem itu menerima cahaya yang terlalu banyak, ia akan menghasilkan imej yang terlalu terang. Keadaan ini dinamakan sebagai overexposed. Jika filem itu menerima cahaya yang secukupnya, ia akan menghasilkan imej yang cantik dan imej ini dikenali sebagai correct exposure.
Dari kiri: underexposure, correct exposure dan overexposure.
Jika gambar yang diambil terlalu gelap (underexposed), ia mungkin terjadi kerana nilai shutterspeed yang digunakan adalah terlalu kecil (1/1000s atau 1/250s misalnya). Jadi untuk mengatasi masalah ini, naikkan nilai shutterspeed agar lebih banyak cahaya masuk ke dalam kamera.
Jika gambar yang diambil terlalu terang (overexposed), ia mungkin terjadi kerana nilai shutterspeed yang digunakan adalah terlalu besar(1/30s atau 1/15s misalnya). Jadi untuk mengatasi masalah ini, kurangkan nilai shutterspeed agar kurang cahaya masuk ke dalam kamera.
Bersambung ke bahagian 2.
No comments:
Post a Comment