Bersambung dari bahagian II.
KOMBINASI SHUTTERSPEED DAN APERTURE
Seorang jurugambar seharusnya tahu bagaimana hendak memilih kombinasi antara shutterspeed dan juga bukaan aperture. Ini kerana terdapat beberapa kombinasi yang berbeza yang boleh digunakan untuk mengambil satu-satu gambar supaya ia menjadi correct exposure.
Imej pada waktu malam yang diambil dengan menggunakan f8 dan shutterspeed 2.8s.
Dalam imej di atas, jurugambar memilih kombinasi f8 dan juga shutterspeed 2.8s supaya imej yang terhasil tidak mempunyai depth of field dan semua objek kelihatan amat jelas. Jurugambar juga boleh menggunakan kombinasi f5.6 dan shutterspeed 1s akan tetapi imej yang terhasil akan mempunyai depth of field yang amat ketara dan mungkin imej di belakang akan mula kelihatan kabur.
Gambar potret biasanya diambil dengan menggunakan f-stop yang kecil untuk menghasilkan depth of field. Gambar di atas menggunakan f3.2 dan 1/30s.
Gambar yang diambil dengan menggunakan shutterspeed 1/80s (atas) dan shutterspeed 1.3s (bawah). Semakin besar nilai shutterspeed, semakin kabur (blur) imej yang terhasil.
Gambar di lebuhraya dengan menggunakan f5.6 dan shutterspeed 30s.
Macrophotography yang menggunakan f3.2 untuk mendapatkan shallow depth of field.
High speed photography biasanya memerlukan shutterspeed yang tinggi(1/125 - 1/500) untuk ‘menghentikan’ pergerakan.
Pemahaman tentang kombinasi shutterspeed dan aperture datang daripada pengalaman dan percubaan. Ia bukan sahaja membantu jurugambar menghasilkan gambar yang berkualiti, bahkan membantu membuat perancangan dan pertimbangan sebelum buttang shutter ditekan. Semoga rencana ini dapat membantu pembaca menambah sedikit pengetahuan dalam bidang fotografi. Selamat bergambar!
No comments:
Post a Comment