Tuesday, 12 August 2014

Lubuk Sembilan di Semporna...

10 Ogos 2014 Abe Mat otai pancing Semporna bawa aku ke Lubuk Sembilang di Pegagau.Mengikut ceritanya dia pernah dapat satu guni ikan sembilang kat situ.Ternganga mulut aku mendengarnya.Antara percaya dengan tidak sama banyak..biar betul Abe Mat ni..aku kat Muar dulu pergi memancing seminggu pun belum dapat seekor ikan sembilang.Dia kata dia dah hampir 2 tahun tak pergi ke muara sungai itu.apa pun aku cubalah...
Kami bertolak dari rumah di Taman Sempaul jam 10 pagi..aku berbekalkan udang murah cuma RM5 selonggok je..mana kala Abe Mat guna udang pengatin RM20 sekilo.Dia bawa setengah kilo.Tepat jam 11.00 pagi pancing pertama kami labuhkan.Tak sampai 30 saat ikan sembilang pertama telah Abe Mat naikkan.Saiznya kira oklah sedang sedang sedap masak asam pedas.Lepas tu satu demi satu Abe Mat naikan , aku cuma jadi penonton je..dah lima kosong tak berbalas ni.Selepas Abe Mat naikkan ikan yang keenam aku baru naik ikan sembilang pertamaku.Selepas itu sembilang Pegagau mengila habis habisan.Belum sempat udang sampai ke tanah pancing kami telah diragutnya.Dalam masa 3 jam kami dah naikkan 35 ekor sembilang yang saiz sederhana yang kecil kecil kami tak kira sebab kami lepaskan kembali kesungai dengan pesanan bila dah besar nanti kami ambil ya.Bila pukul 2 kami dah kehausan rupa rupa bila terlalu bersemangat ingin menduga lubuk sembilang kami terlupa bawa air.Nak minta air kosong dari rumah bajau laut kat situ kami malu.Bila tenguk ikan kami dah hampir setengah rajut..kami mengambil keputusan untuk pulang.Dalam hati lalu berkata betulah kata AbeMat  yang dia pernah dapat seguni ikan sembilang kat situ.
Ikan terbesar yang aku dapat dalam satu kilo kut..


Hampir separuh tong polistrim


hasil tangkapan 4 jam


Ikan sembilang bersaiz xl dan xxl



Lubuk sembilang

 Jeti Bajau Laut (Palaut)



Pemandangan yang indah



Balik terus siang untuk mengelakkan ikan sembilan berbau..

No comments:

Post a Comment