Sunday, 3 August 2014

Lubuk Siakap merah Semporna

Syukur aku kepada Allah kehadiran ku ke Semporna Allah temukan hambaNya ini dengan Abe Mat kaki pancing tegar Semporna..dia dah 18 tahun menetap di Semporna ini.Biarpun pekenalan singkat kami kerana minat yang sama maka kami jadi sahabat rapat lagi ketat.
  Hari pertama dia bawa aku mejelajah Sungai Tagasan kami tidak bernasib baik.Satu jala aku rabak kerana nak dapatkan umpan belanak hidup.Pada hari Sabtu  2 Ogos 2014 Abe Mat bawa aku ke satu lubuk Siakap Merah di suatu kuala sungai.Hari ini aku dan cik isteriku cuma dapat cuci mata sahaja melihat seekor demi seekor Abe Mat naikkan siakap merah satu persatu.Bukan ikan tak makan pancing aku dan wawa tetapi asik terlepas sahaja.Dalam hati kata tak apa sahabatlah duhai hati pasti nanti akan ada giliran mu pula. Hari ini sahaja Abe Mat naikan seekor kerapu dan 6 ekor siakap merah...kami cuma mata je merah tak dapat apa apa.Sebelum balik aku terus cadangkan kepada Abe Mat jum esok kita datang lagi.Dia dengan selamber kata..Abe Mat ok je...dalam hati aku syukur esok insyaallah pasti ada rezeki aku pula.Allah maha pemurah pasti Allah akan berikan rezeki kepada hambanya yang berusaha dan bersabar.

Abe Mat Dengan siakap merahnya..






Tempat yang menarik dan ikan pula banyak..tapi ikan belum kena mata pacing aku dan wawa kut.Jadi penontot kehormatnya hari ini.

Hasil Pancingan Abe Mat....Tapi Abe Mat cuma ambil 2 ekor je yang lain semua bagi kat aku.
Esok aku akan masak Asam Pedas Muar guna ikan siakap merah ni.nanti aku hantarlah ke rumah Abe Mat sekali.Orang memberi kita merasa..tuan yang beri pun kena rasa sama.

3 ogos 2014.Seperti yang dijanjikan aku dengan Abe Mat dengan penuh semangat pergii ke lubuk semalam.Harap hari harapan tak tinggal harapan.Pukul 2.00 kami mula labuhkan pacing kami...nampaknya ikan makan pancing aku dulu hari ini..tapi tak sangkut melepas lagi.Pukul 5 petang ikan merah baru menyerang dan tiga ekor Abe Mat naikkan ikan aku masih kosong lagi.Tak boleh jadi aku kena buat sesuatu..aku pun pindah tempat duduk gigir air.Syukur aku mula naikkan ikan satu demi satu.
Abe Mat taget dapat 20 ekor hari ini...tapi bukan rezeki kami kut..kami cuma mampu naikan 12 ekor ikan mereh dan 2 ekor ikan kerapu..Aku masih belum mampu kalahkan Abe Mat dia dapat 8 ekor aku dapat 6.tapi Syukur aku dapat juga menjinakkan Si Siakap merah dan sekor kerapu bara bersais s.

Siakap merah..sukanya aku ikan pertama yang aku naikkan hari ini.

Hasil pancingan hari ini bersama Abe Mat







No comments:

Post a Comment