Masa saya buat catatan ini saya ditengah laut.misi kami hari 17.1.2016 adalah memburu ikan mengilap..mengilap sebab ikan ni hitam berkilat...Ikan ini biasanya bergerak dalam kawanan yang besar.hari ini kami sudah berjaya mengepong sekawan mengilap dlm 30 ekor.
Untuk mengesan ini bergantung kepada kepakaran juragam bot dan rezeki...kalau terjumpa kawanan yg besar besarlah rezekinya.. Kalau tidak pulanglah dengan tangan kosong.Memukat mengilap biasanya bila air pasang kecil...arus serta ombak kurang kuat.biasanya kami memukat di kedalaman 8 hingga 5 kaki sahaja.
Sunday, 17 January 2016
Memukat ikan mengilap..
Sunday, 10 January 2016
Baru ku tahu langit tinggi rendah. .
Hari ini aku memukat lagi.Satu pengajaran berguna padaku hari ini begitu peritnya kehidupan nelayan kecil bagaikan kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Rezeki yang datang tidak menentu.Hari ini seharian aku berpanas ikannya cuma dapat sedikit sahaja...bila dibahagi sama rata dengan tiga rakanku dapatlah dua kali lauk bagi aku keluarga kecil.Bagi keluarga rakanku mereka cukup sekali makan sahaja.
Aku hampir menangis dan kepenatan bila pukatku panjangnya hampir 200 meter cuma dapat 2 ekor ikan sahaja sekali pukat. Penat panas ...matahari terpacak atas kepala...aduh tuhan sahaja yang tahu. Aku bangga dengan dua rakanku penduduk tempatan... Selamber je. "Sabarlah cikgu dah rezeki kita banyak tu...syukurlah juga ada yang mengena". Aku terus kesat air mataku...aku tidak setabah mereka rupanya...
Bersyukur aku jadi seorang guru...biarpun jauh di penjuru pulau...aku masih ada gaji bulan untuk beli beras..ikan jarang beli sebab selalu ikut orang kampung ke laut..
" pengajaran untukku..BERSYUKURLah"
Saturday, 9 January 2016
Memukat belawis..
Ambo nak kongsi pengalaman ambo memukat ikan belawis .Ikan belawis lebih kurang ikan kitam,dia hidup dikawasan berpasir dan makanan utamanya adalah rumpai laut dan lumpur berpasir.Ikan belawis banyak terdapat diperairan Semporna. Untuk mendapatkan ikan ini penduduk tempatan Semporna biasanya menggunakan pukat.Segelintir pula mengambil jalan mudah dengan menggunakan bom.Teknik bom biasanya digunakan oleh mereka untuk menangkap belawis yang bertelur.
Ambo selalu guna pukat..memukatnya mudah..dikawasan air cetek paras pinggang ke bawah..kadang kadang ambol memukat dikawasan air paras buku lali je.
Biasanya selepas pukat direntang..kami akan menghalau kawanan belawis mengunakan suak(galah kayu) untuk memukul dan menumbok batu karang dan pasir untuk menakutkan ikan belawis.
Ikan belawis ni amat popular di kalangan Masyarat bajau Biasanya mereka jadikan lauk untuk nasi kuning Lain kali ambol cerita tentang nasi kuning pula.
Friday, 8 January 2016
Kamoon @ Udang Pasir
Kamoon dalam bahasa bajau atau pun udang pasir adalah sepesis udang yang tinggal didalam lubang pasir.Masyarat bajau di semporna menangkap udang ini dengan mengunakan jerat.Jeratnya seperti jerat bingkas yang kita gunakan untuk tangkap burung atau ayam.Menangkap kamoon agak mencabar kerana kamoon mempunyai sepasang kaki yang amat tajam...ianya boleh mencederakan musuhnya dengan teruk jika tersalah langkah. Harga pemborong kamoon bergantung kepada saiz kamu tersebut.jika saiznya melebih 500gram harganya boleh mencecah hingga Rm100 sekilo..harga dipasaran saya tak tahu berapa..
Kamu sedap dibuat sop,stim,masak blakpepel.Ada juga rakan fb saya bagi tahu kamoon boleh digunakan untuk menghilangkan kepenatan.caranya direbus ,diblender kemudian ditapis ...airnya diminum untuk menambahkan tenaga dan mengurangkan kelesuan.
Sunday, 3 January 2016
Pulau bum bum
Pulau Bum Bum berhadapan dengan pekan Semporna. Pulau yang terbentuk dari batu karang terbesar di Sabah.Banyak tempat tempat yang menarik diatas pulau ini yang belum di terokai...pantai pantai yang indah,rumah air yang didiami kaum bajau,makanan laut yg senang didapati.Malangnya di pulau ini tiada satu pun inap desa dijalankan dipulau ini.
Saturday, 2 January 2016
Bikin(sejenis kerang)
Bikin adalah sejenis kerang..beza bikin dengan kerang biasa adalah bentuknya yg lebih bulat dan isinya berwarna putih seperti isi lala atau tudai.Hari ini saya akan berikan resepi bikin masak ladahitam...ore putihnya blakpepalah gitu kut....
Bahan:
Bikin 1 kilo
Bawan putih dan bawang besar
Sos tiram,sos tomato,cili api...agak agaklah...
Satu tin cocokola..ambil dalam suku cawan yang lebih minum sendiri...
Lada hitam,ajino,garam tu pandai pandailah...kalau kebih garam mentua lari..
Langkah
1.tumis semua bahan diatas hingga naik bau..
Masukkan bikin dan tutup hingga semua bikin terbuka...
Masukkan cola setengah cawan...selebihnya masuk dalam mulut...
Tambah lada hitam,ajino dan garam...
Dah siap...
Insyaallah sedap..makmentua lalu belakang memang tak nampak..
Kembali...
Dah lama tak buat catatan dalam diaryku ini.sibuk dengan aktiviti ke laut hingga lupa aktiviti memblog ni.Sedar tak sedar dan hampir 6 bulan aku tinggal di tengkalloh.Di sini aku belajar hidup dalam situasi yang terlalu asing bagiku.Hanya kami sekeluarga sahaja orang semenanjung.Hidup di sini ringkas..janji ranji dan pandai membawa diri dengan orang kampung.Ada garam,gula dan beras insyaallah dapatlah hidup.Janji kena rajin.Biasanya seminggu dua atau tiga kali aku turun keluat tangakp ikan.Ikan jarang jarang kami beli,bekalan sentiasa ada dalam peti ais.Syukur isteri tidak memilih pasal makan.Disini kami belajar makan hasil laut...bagaimana manisnya belangkas,kerang,agar agar laut...siput kerang tak termakan...dah naik jemu..semuanya kami cari sendiri...
Tuesday, 12 August 2014
Lubuk Sembilan di Semporna...
Kami bertolak dari rumah di Taman Sempaul jam 10 pagi..aku berbekalkan udang murah cuma RM5 selonggok je..mana kala Abe Mat guna udang pengatin RM20 sekilo.Dia bawa setengah kilo.Tepat jam 11.00 pagi pancing pertama kami labuhkan.Tak sampai 30 saat ikan sembilang pertama telah Abe Mat naikkan.Saiznya kira oklah sedang sedang sedap masak asam pedas.Lepas tu satu demi satu Abe Mat naikan , aku cuma jadi penonton je..dah lima kosong tak berbalas ni.Selepas Abe Mat naikkan ikan yang keenam aku baru naik ikan sembilang pertamaku.Selepas itu sembilang Pegagau mengila habis habisan.Belum sempat udang sampai ke tanah pancing kami telah diragutnya.Dalam masa 3 jam kami dah naikkan 35 ekor sembilang yang saiz sederhana yang kecil kecil kami tak kira sebab kami lepaskan kembali kesungai dengan pesanan bila dah besar nanti kami ambil ya.Bila pukul 2 kami dah kehausan rupa rupa bila terlalu bersemangat ingin menduga lubuk sembilang kami terlupa bawa air.Nak minta air kosong dari rumah bajau laut kat situ kami malu.Bila tenguk ikan kami dah hampir setengah rajut..kami mengambil keputusan untuk pulang.Dalam hati lalu berkata betulah kata AbeMat yang dia pernah dapat seguni ikan sembilang kat situ.
Sunday, 3 August 2014
Lubuk Siakap merah Semporna
Hari pertama dia bawa aku mejelajah Sungai Tagasan kami tidak bernasib baik.Satu jala aku rabak kerana nak dapatkan umpan belanak hidup.Pada hari Sabtu 2 Ogos 2014 Abe Mat bawa aku ke satu lubuk Siakap Merah di suatu kuala sungai.Hari ini aku dan cik isteriku cuma dapat cuci mata sahaja melihat seekor demi seekor Abe Mat naikkan siakap merah satu persatu.Bukan ikan tak makan pancing aku dan wawa tetapi asik terlepas sahaja.Dalam hati kata tak apa sahabatlah duhai hati pasti nanti akan ada giliran mu pula. Hari ini sahaja Abe Mat naikan seekor kerapu dan 6 ekor siakap merah...kami cuma mata je merah tak dapat apa apa.Sebelum balik aku terus cadangkan kepada Abe Mat jum esok kita datang lagi.Dia dengan selamber kata..Abe Mat ok je...dalam hati aku syukur esok insyaallah pasti ada rezeki aku pula.Allah maha pemurah pasti Allah akan berikan rezeki kepada hambanya yang berusaha dan bersabar.










