Sunday 10 January 2016

Baru ku tahu langit tinggi rendah. .

Hari ini aku memukat lagi.Satu pengajaran berguna padaku hari ini begitu peritnya kehidupan nelayan kecil bagaikan kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Rezeki yang datang tidak menentu.Hari ini seharian aku berpanas ikannya cuma dapat sedikit sahaja...bila dibahagi sama rata dengan tiga rakanku dapatlah dua kali lauk bagi aku keluarga kecil.Bagi keluarga rakanku mereka cukup sekali makan sahaja.
    Aku hampir menangis dan kepenatan bila pukatku panjangnya hampir 200 meter cuma dapat 2 ekor ikan sahaja sekali pukat. Penat panas ...matahari terpacak atas kepala...aduh tuhan sahaja yang tahu.  Aku bangga dengan dua rakanku penduduk tempatan... Selamber je.  "Sabarlah cikgu dah rezeki kita banyak tu...syukurlah juga ada yang mengena". Aku terus kesat air mataku...aku tidak setabah mereka rupanya...
     Bersyukur aku jadi seorang guru...biarpun jauh di penjuru pulau...aku masih ada gaji bulan untuk beli beras..ikan jarang beli sebab selalu ikut orang kampung ke laut..

" pengajaran untukku..BERSYUKURLah"

No comments:

Post a Comment