Saturday 9 January 2016

Memukat belawis..

Ambo nak kongsi pengalaman ambo memukat ikan belawis .Ikan belawis lebih kurang ikan kitam,dia hidup dikawasan berpasir dan makanan utamanya adalah rumpai laut dan lumpur berpasir.Ikan belawis banyak terdapat diperairan Semporna. Untuk mendapatkan ikan ini penduduk tempatan Semporna biasanya menggunakan pukat.Segelintir pula mengambil jalan mudah dengan menggunakan bom.Teknik bom biasanya digunakan oleh mereka untuk menangkap belawis yang bertelur.
     Ambo selalu guna pukat..memukatnya mudah..dikawasan air cetek paras pinggang ke bawah..kadang kadang ambol memukat dikawasan air paras buku lali je.
   Biasanya selepas pukat direntang..kami akan menghalau kawanan belawis mengunakan suak(galah kayu) untuk memukul dan menumbok batu karang dan pasir untuk menakutkan ikan belawis.
   Ikan belawis ni amat popular di kalangan Masyarat bajau  Biasanya mereka jadikan lauk untuk nasi kuning Lain kali ambol cerita tentang nasi kuning pula.

No comments:

Post a Comment