Friday 8 January 2016

Kamoon @ Udang Pasir

Kamoon dalam bahasa bajau atau pun udang pasir adalah sepesis udang yang tinggal didalam lubang pasir.Masyarat bajau di semporna menangkap udang ini dengan mengunakan jerat.Jeratnya seperti jerat bingkas yang kita gunakan untuk tangkap burung atau ayam.Menangkap kamoon agak mencabar kerana kamoon mempunyai sepasang kaki yang amat tajam...ianya boleh mencederakan musuhnya dengan teruk jika tersalah langkah. Harga pemborong kamoon bergantung kepada saiz kamu tersebut.jika saiznya melebih 500gram harganya boleh mencecah hingga Rm100 sekilo..harga dipasaran saya tak tahu berapa..
Kamu sedap dibuat sop,stim,masak blakpepel.Ada juga rakan fb saya bagi tahu kamoon boleh digunakan untuk menghilangkan kepenatan.caranya direbus ,diblender kemudian ditapis ...airnya diminum untuk menambahkan tenaga dan mengurangkan kelesuan.

No comments:

Post a Comment